Laman Utama
|
Profil
|
Produk
Galeri
|
Perkhimatan
|
Hubungi Kami
Profil Syarikat Kami
SM TERNAK SDN BHD merupakan sebuah syarikat penternakan lembu & kambing secara komersial yang berdaftar dan mempunayi ladang ternakannya sendiri. Penubuhan syarikat ini bermula seawal tahun 2006, dan merupakan perniagaan turun temurun. Idea penubuhan syarikat ini telah diolah daripada pengasasnya sendiri yang begitu berminat untuk menceburi bidang penternakan. Ia juga sebagai langkah untuk menyahut dan menyokong cadangan kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran asas pertanian dan penternakan sebagai sumber makanan negara.

SM TERNAK SDN BHD ingin merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan industri penternakan dan asas tani sebagai salah satu sumber utama yang boleh menjana pendapatan negara di samping ingin menyediakan sumber produk ternakan lembu & kambing yang dijamin halal dan berkualiti untuk memenuhi keperluan para pengguna.

Aktiviti penternakan di SM TERNAK SDN BHD lebih memfokuskan kepada penghasilan lembu & kambing pedaging untuk tujuan Aqiqah dan Qurban selain daripada menjual daging segar kepada pasaran tempatan. SM TERNAK SDN BHD juga turut menjalankan penternakan pembiak-bakaan bagi menghasilkan baka kambing yang bermutuuntuk dijual kepada para pembeli.